Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa (Memuliakan Wanita).
Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti
apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan
sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan
mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka
amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.
Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma’ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat (Mengelak Fitnah).
“kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya
ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki
dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan
yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki
akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk
“mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang
seumpamanya bagi tujuan nafsunya.
Tapi, berbeza pula jika kita sebagai
lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga
adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti
sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam
diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah
hati-hati manusia yang berniat jahat. Dalam ayat yang lain, ALLAH
menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya
(berhati jahat).” (33:32)
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim (Ketinggian Islam).
“supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita
muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu,
sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan
berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita
hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib
bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa
pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang
bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit (Hikmah dan Kelebihannya).
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah
lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit
wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding
kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran
kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis
pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi
semua bahagian badan kita yang sensitif.